Kalkulator Tarikh Bersalin
Kira due date dan usia kandungan berdasarkan tarikh haid terakhir (LMP). Guna Peraturan Naegele — standard obstetrik.
Due Date
—
Usia Kandungan
—
—
Trimester
—
Progress
—
Berdasarkan LMP
Sila pilih tarikh
*Anggaran berdasarkan kitaran 28 hari. Nilai sebenar mungkin berbeza ±2 minggu.
Cara Kira Due Date
Peraturan Naegele:
- • Due date = LMP + 280 hari (40 minggu)
- • Trimester 1: Minggu 1–13
- • Trimester 2: Minggu 14–26
- • Trimester 3: Minggu 27–40
Peraturan Naegele adalah standard obstetrik yang digunakan oleh doktor di seluruh dunia. Formula ini berdasarkan kitaran haid 28 hari biasa. Jika kitaran anda lebih panjang atau pendek, due date mungkin berbeza.
Trimester 1 (1–13 minggu)
Peringkat awal kehamilan. Organ bayi mula terbentuk. Ibu mungkin alami morning sickness, letih, dan perubahan hormon. Pemeriksaan pertama dengan doktor disarankan.
Trimester 2 (14–26 minggu)
Bayi makin aktif — tendangan pertama dirasai. Kebanyakan ibu rasa lebih bertenaga. Scan detail (anomali) biasanya dilakukan sekitar minggu 18–22.
Trimester 3 (27–40 minggu)
Persediaan akhir. Bayi membesar cepat, ibu makin tak selesa. Kontraksi palsu (Braxton Hicks) mungkin mula terasa. Bersalin boleh berlaku antara minggu 37–42.
Sumber: Peraturan Naegele — standard obstetrik. Sila rujuk KKM atau hospital untuk pengesahan.