Kalkulator Yuran Guaman & Kos Pembelian Rumah

Kira yuran guaman S&P, yuran guaman pinjaman, disbursement, dan jumlah kos guaman untuk beli rumah. Kadar Solicitors Remuneration Order 2023.

Yuran S&P

RM 5,000

1%–0.5% kadar skala

Yuran Pinjaman

RM 0

Kadar skala atas loan

Disbursements

RM 550

Carrian + pendaftaran

Jumlah Guaman

RM 5,550

S&P + Loan + Disbursement

Anggaran kos guaman untuk hartanah RM 500,000

RM 5,550

*Belum termasuk duti setem. Lihat kalkulator duti setem untuk jumlah lengkap.

Cara Kira Yuran Guaman

Kadar Skala Peguam (Solicitors' Remuneration Order 2023):

Nilai (RM)Kadar
500,000 pertama1.0%
500,001 – 1,000,0000.8%
1,000,001 – 3,000,0000.7%
3,000,001 – 5,000,0000.6%
5,000,001 – 7,500,0000.5%

Kadar yang sama dikenakan untuk yuran S&P (atas harga hartanah) dan yuran perjanjian pinjaman (atas jumlah loan). Disbursement (carrian tanah, pendaftaran, dll) kira-kira RM500–RM1,500 bergantung pada lokasi dan kerumitan.

Yuran S&P

Yuran peguam untuk urusan Sale & Purchase Agreement — kontrak antara pembeli dan pemaju/penjual. Bayaran sekali sahaja semasa S&P ditandatangani.

Yuran Pinjaman

Yuran peguam untuk urusan Perjanjian Pinjaman — kontrak antara pembeli dan bank. Dikenakan atas jumlah loan yang diluluskan. Kadar sama dengan skala S&P.

Disbursements

Kos sampingan seperti carrian tanah, pendaftaran hak milik, carrian kebankrapan, dan pengangkutan. Boleh naik jika hartanah di luar bandar atau urusan kompleks.

Penafian: Anggaran sahaja berdasarkan Solicitors' Remuneration Order 2023. Yuran sebenar mungkin berbeza bergantung pada lokasi, kerumitan kes, dan peguam masing-masing. Dapatkan sebut harga daripada peguam sebelum melantik.
Sumber: Solicitors' Remuneration Order 2023 — PU(A) 33/2023

Nak kira jumlah duti setem?

Guna kalkulator duti setem & refinancing kami.